Thursday, December 03, 2009

Hari Raya Haji & Hari Lahir

Tahun ni raya haji biasa je. Yang balik rumah nenek cuma kak long sekeluarga dan of course Acik le..
Kak Ngah tak balik sbb Qiela ada exam SPM, lagipun surau depan rumah dia ada buat ibadah korban - 11 ekor lembu! (nnt kami serbu rumah dia 11hb ni mesti dp rasa daging korban sket).
Nafi bulak balik Jementah dan Abg Ngah Siti pun ada buat korban.
Lepas selesai sembahyang sunat aidiladha di masjid, balik mkn jap apa yg mak masak dan lps tu kuar ke Jusco Ayer Keroh beli kek.

beraya di sikret resepi jap..

kek 3 rasa - coklat, macadamia nut & peach
sangat sedappppp ok!

Yess, kek besday Abg Mie... berjam-jam kami memikirkan nk beli kek apa.. last2 beli 3 in 1. Petang kak long pulak balik Muar. Petang tido, malam layan final episode Nur Kasih **ending yg x brp best**.

Day 2...
Lepas amik mak kt pasar, aku blk Nyalas kejap dgn Lokman. Rumah nenek Sawi tgh renovate sket kt bhagian rumah tengah tu. Sempat pekene lemang kt rumah Mak Teh. Pak Lang pun ada balik. Dlm tengahari balik semula rumah mak. Lps makan2, kami pun ke Jementah. Rumah abng ngah siti ada buat kenduri tahlil lepas maghrib tp kami pergi jengok petang je la sbb klu malam gelap jln nk masuk kampung tu.


Day 3 - balik KL..

Minggu ni 5/12/09 adik perempuan abg mie kawen di Muar dan minggu depan pulak 11/12/09 bertandang ke Kota Tinggi. Dh sampai sana, apa lagi serbu le Hotel Masai ngan Hotel Tg. Pelepas ke..

Thursday, November 19, 2009

Sejarah berulang kembali..


Ye, sejarah berulang kembali..

Dulu - tahun 1983.
Dulu - Penilaian Darjah 5.
Dulu - org pertama di SK Tebong.

Sekarang 2009,
UPSR,
Mungkin dh ramai kt sekolah tu.




Ye, tu lah sejarahnya dlm keluarga kami..
Dulu Abang yg membuat kami bangga, as always..
Sekarang Farah pula.
Tahniah Farah kerana mendapat keputusan cemerlang 5A dlm UPSR.

We are so proud of you!
Keep it up!



Wednesday, November 18, 2009

pantai puteri

Hari Ahad selepas kenduri kesyukuran hari tu, sempat la jln2 kejap kt pantai puteri ngan acik pendi, qiela, ika & farah. Sj amik angin **dan buang angin** sebelum masing2 bertolak balik ke KL/JB. Sebelum tu pepagi lepas subuh gi air panas Gadek dulu kikis daki2 yg melekat, hehehe.. Mmg best... pastu blk dr Gadek singgah pasar tani Alor Gajah as usual..
Balik rumah abang terus terbongkang.

air ngan pantai gelap pun ada yg sanggup nk mandi manda
see no evil, hear no evil, speak no evil
acik membawa diri... **chewahh..**
Charlie's Angels **buekkkkk!!**
ekceli derang silau tgk gigi acik yg bersinau..
Add Video

Selamat berjaya!


Pertama:
Acik nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM buat Qiela. I know you can do it...


Kedua:
All the best untuk Farah yg akan mendapat keputusan UPSRnya x lama lagi. Semoga berjaya. Chaiyukk!


Wednesday, October 07, 2009

Tahniah!

Tahniah buat Kak Ngah dan Abg Shah yg telah mendapat seorang anak (yang ke-3) pada 29-09-2009 lepas. Baby boy bernama Fawwaz Waqiuddin (Acik panggil Wak! hehehe...). Tu pun setelah 13 tahun dh x beranak. So byk peralatan yg kene beli dan ada juga yg dpt dari Kak Long yg bersalin hr tu... mcm ibu muda baru dpt anak sulung la pulak.
**mmbam nyer**
Walaupun bersalin secara pembedahan di hospital JB, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Tapi takkan dpt Acik lupakan kerana kau la Fawwaz, kami terpaksa beraya di Hospital Melaka, huarrrghhhh!!! sungguh tidak meriah ok!

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

**pose maut jap, amik aura beraya**
ahh, roh nk beraya dh merasuk..
last2 menet ni baru la nk mecari kelengkapan segala bagai
org ckp klu xde baju baru nampak mcm x beraya, hehehe..
so semalam sempat la rembat selai dua kt Jusco
(sib baik tutup kol 12mlm, knapa x 2-3 pagi senang nk perabiskan duit ni)
dan last2 menet ni pulak keje menimbun2,
tu yg kene kensel plan nk balik mlm ni ngan kak long sekeluarga.
apapun acik dh nekad, lps sembahyang Jumaat sok zassss balik kampung.
jasad je berada di KL ni tp roh hati limpa jantung semua dh sampai Melaka.
Jadi di kesempatan ini Acik nk ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Halalkan makan minum dan selamat memandu.

Tuesday, September 08, 2009

Langkawi 6-8 Ogos 2009



DATARAN LANG


KOTA MAHSURI

Saturday, August 22, 2009

cyber cafe @ sri rampai

hari ini adalah majlis penyerahan laytop kpd empunya DELL iaitu akak Nurul.
actually dia x tau pun dia akan dpt laytop ni..
in the meantime, Acik turut menginstall wireless router.
dah successfull, suddenly baru perasan bila semua laptop bukak, ermmmm rasa cm kt cyber cafe la pulak, hehehe... ye la ngan computer nurul, ayahya dan laytop cik.



sempat la berskype dgn mak lang di Qatar. Pak lang xde, g kedai.
btw, hari ni hari pertama berpuasa pd tahun ini.
so Acik nk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua..

Thursday, August 20, 2009

Milik siapakah laytop ini...





santek kan....
**sowi kaler pink telah kehabisan**

Monday, August 03, 2009

Friday, July 31, 2009

Gambar Kelantan lagi daaaa....


Selamat hari lahir terlambat (happy belated birthday)

Sebelum berlabuhnya bulan Julai ni, Acik ambil kesempatan utk mengucapkan happy belatedddddd birthday buat seorang lagi anak buah Acik iaitu Luqman yg telahpun menyambut hari lahirnya yang ke 10tahun pada 22hb hari tu.
Walaupun Acik lambat post blog tp sempat gak Acik wish pakai sms.
Semoga Luqman menjadi pemain bola sepak kalau tak sehebat Beckham atau Ronaldo pun, Mokhtar Dahari pun jadi laaaaa.....

Monday, July 13, 2009

www.minhomestay.com

Semalam sampai dh nak malam, so kitorang just lepak kt homestay mereleasekan kepenatan setelah hampir 9 jam dalam perjalanan (11pg - 7mlm termasuk berhenti 2 kali). Jadi hari ni kami meronda la pulak ke Rantau Panjang, bandar Kota Bharu dan Pantai Cahaya Bulan. Tapi sebelum tu nk story sket psl Min Homestay.

kawan Pakbi & PakAn nama Abu tgh sarapan durian..

homestay ni ada rumah kampung dan tempat BBQ.
Kt bangsal tu jugak la acik menjahanamkam mesin basuh tu, shhhhh!

Min Homestay No. 4 - ada rumah semi-D ($150/mlm)

bilik shj - $80/mlm

Semi-D ni ada pintu kt tengah2 so klu ada keluarga nk sewa dua2 rumah bole la bukak pintu tu



trip ke kelantan

selamat tinggal rumah..
pakbi yg teramat excited nk g jalan2

sempat berkonfrens ngan busu

bertolak dlm pukul 11pg dan isi minyak di Petronas jap
terusss.....

kiri..
singgah solat di Masjid Gua Musang

tempat yg paling glamer di Malaysia sekarang - Manek Urai
moh balik ngundi weiii...

sampai di Homestay Min, Kubang Kerian dlm jam 7 malam..

Thursday, July 02, 2009

Happy Birthday Shafiq & Makcik Zubai

Actually semalam harijadi Shafiq yg ke errr 8 tahun. Tapi tiada apa2 sambutan sbb plan nak buat di Kelantan nnt masa hantar Nurul ke sana. Sekali dgn birthday Luqman..
1hb Julai juga hari lahir yg sama buat Makcik Zubai. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki (ayat standard..)

Monday, June 15, 2009

Tahniah Nurul

Tahniah buat Nurul yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan di dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Lepah ni mu dok kecek kelate, make budu selalu..
Pendaftaran pada 6 Julai ni. Rasanya ni lah first time Nurul kena berpisah jauh dengan keluarga. Jaga diri baik2 dan belajar bersungguh2 dan jadi teladan dan semangat buat adik2..
InsyaAllah nanti Acik akan turut serta menghantar ke sana. Dah lama tak pegi Kelantan. Last dulu masa Acik belajar di Perlis.

Tuesday, June 09, 2009

Sekitar sambutan majllis hari lahir Mak Long

Majlis ni x dirancang sangat, kebetulan mak ngah ada di KL dan dia pun nk blk Johor mlm tu, then kami sepakat buat majlis kecil kecilan ni tp meriah la jugak.. Sempat berskype ngan Pak Lang sekeluarga di Qatar..
mak ngah yg kekenyangan...
kek Coklat Pisang dr Secret Recipe - mungkin dh melantak sebelum tu, kek ni x habis pun tp sodap...

cepat la oi, Amjad dh lapar ni. kang ada yg tek kt lokman, hahaha...

akak nurul tgh masak lasagna, yummyy...
pembantu2 rumah

antara hidangan yg ada - kepsi, satay, mihun goreng dan lasagna

birthday wishes..

Birthday girl yg masih dlm pantang

with a loving husband

and a big happy family..

memula tgk gamba atas kenapa anak2 ada 7 org, rupanya si Adam
kena block ngan kek chocolate banana yg besar gedabak tu