Sampai di Kula Terengganu jam 4.30ptg, kami terus menuju ke Masjid Kristal berdekatan Taman Tamadun Islam. Seterusnya kami ke Pantai Batu Burok. On d way ke sana kami singgah di Kg. Losong utk membeli kepok (keropok). Tempat ni mmg famous..
Di pantai Batu Burok, the budak2 sempat lagi naik kereta kuda 2 pusingan. Orang memang ramai kt pantai ni, ada yg saja lepak2, yg berkeluarga bwk anak2 dan ada juga yg datang main layang2/wau. Semacam ada pesta di situ. Kemudian kami ke food court berdekatan isi perut sebelum sambung semula perjalanan balik.
Walaupun hanya berada di Terengganu dalam 3jam, nampak semua seronok (walaupun kepenatan). InsyaAllah kalau diizinkan Allah, kita akan ke sana lagi satu hari nnt.
Dari K. Trgnu, kami ikut jalan dalam Ajil-Jerangau-Bkt Besi-AMBS-Jabur sebelum masuk highway LPT. Jimat sejam berbanding ikut jalan pantai. Di R&R kecil Kuantan, kami berhenti kejap kerana Mak dan Nafi exit di Gambang dan meneruskan perjalanan ikut Muadzam dan kemudian Segamat sebelum ke Melaka.
Kami sampai di KL jam 2 pagi. Penat, letih dan segalanya TAPI kami semua seronok! Itulah cuti namanya. Klu nk rilek2 baik dok rumah..
**time tulis blog ni pun ntah brp puluh kali deyan menguap**