Menziarahi ayah dan meng'make-over' rumah awam. Nafi ckp 'turn over', hahaha... Rumah ni perlukan repair dan penambahbaikan lagi. Pintu depan dan belakang dh x kuat disebabkan anai2 dan hujan panas secara direct. Maklumlah rumah persinggahan, x terjaga sgt.
sebelum ke wetland, hari sebelumnya kami ke Sunway Lagoon. Tiket disponsor oleh Pak Lang. MMg best tp yg lg bagus klu pegi time bukan cuti sekolah sbb orang sungguh ramai ok. Yg x bestnya, gamba2 posing amatlah limited kerna bateri kamera dh blink2 in red, huarghhhhh. Acik pulak x bwk camera sbb ingatkan kamera org Johor sudah memadai.
Selepas makan tengahari bersama Nurul di Kelantan, kami semua gerak balik ke destinasi masing2. Oleh kerana ramai yg x pernah ke Terengganu, kami mengambil keputusan balik KL ikut negeri ini. Walaupun perjalanannya jauh (terpaksa tambah lg 2-3jam berbanding kalau ikut Gua Musang), kami semua seronok banget!
Sampai di Kula Terengganu jam 4.30ptg, kami terus menuju ke Masjid Kristal berdekatan Taman Tamadun Islam. Seterusnya kami ke Pantai Batu Burok. On d way ke sana kami singgah di Kg. Losong utk membeli kepok (keropok). Tempat ni mmg famous..
Di pantai Batu Burok, the budak2 sempat lagi naik kereta kuda 2 pusingan. Orang memang ramai kt pantai ni, ada yg saja lepak2, yg berkeluarga bwk anak2 dan ada juga yg datang main layang2/wau. Semacam ada pesta di situ. Kemudian kami ke food court berdekatan isi perut sebelum sambung semula perjalanan balik.
Walaupun hanya berada di Terengganu dalam 3jam, nampak semua seronok (walaupun kepenatan). InsyaAllah kalau diizinkan Allah, kita akan ke sana lagi satu hari nnt.
Dari K. Trgnu, kami ikut jalan dalam Ajil-Jerangau-Bkt Besi-AMBS-Jabur sebelum masuk highway LPT. Jimat sejam berbanding ikut jalan pantai. Di R&R kecil Kuantan, kami berhenti kejap kerana Mak dan Nafi exit di Gambang dan meneruskan perjalanan ikut Muadzam dan kemudian Segamat sebelum ke Melaka.
Kami sampai di KL jam 2 pagi. Penat, letih dan segalanya TAPI kami semua seronok! Itulah cuti namanya. Klu nk rilek2 baik dok rumah..
**time tulis blog ni pun ntah brp puluh kali deyan menguap**