Trip ke KK ni adalah kali yg kedua. Yang pertama dulu dlm tahun 2006 rasanya. Seperti biasa, ke sana sbb ada urusan kerja jd schedule tu padat la sket dan ada sedikit je ruang utk ronda2.
Trip kali ni adalah kerana ada Vendor Day di Sabah Electricity Sdn Bhd (subsidiary TNB). Syarikat dari semenanjung ada dlm 25 yg menyertai pameran di sana.
Berlepas dari LCCT jam 10.30a.m dan sampai di KK 2 jam setengah kemudian. Kt dlm kplterbang sempat snap bbrp keping gamba. Flight pun x berapa penuh..
Sampai je di KK, kami amik teksi terus ke SESB utk setup booth pameran. Sejam kemudian kami check in di Hotel Promenade.
Lps check in letak bag dlm bilik terus kami ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali dengan Pasar Phillipine. Kt sini byk kraftangan dijual mcm barangan mutiara, etc. Tp x beli apa pun, tengok2 je...
Sebelah pasar tu ada Pasar Ikan Masin. Kt situlah baru kami memborong ikan masin, ikan kering, sotong kering, etc....
Bos Acik yg pakai baju putih yg x bertudung tu borong nk dkt RM300. Mmg kt sana murah dan cantik kualitinya. Sbg contoh ikan bilis sekilo (2 peket) RM17, ikan kurau sebelah RM45, ikan yg masak lomak cili api ngan nenas tu RM23....
No comments:
Post a Comment