Majlis ni x dirancang sangat, kebetulan mak ngah ada di KL dan dia pun nk blk Johor mlm tu, then kami sepakat buat majlis kecil kecilan ni tp meriah la jugak.. Sempat berskype ngan Pak Lang sekeluarga di Qatar..
Tuesday, June 09, 2009
Monday, June 08, 2009
Selamat Hari Lahir Kak Long
Hari ni hari lahir kak/mak long yg ke 43 tahun.
Kebetulan mak ngah ada kt KL ni, besar kemungkinan ada party di Setapak malam ni, vahh, vahh.... tapi mak long dlm pantang sekarang, jadi kitorang je la yg bedal makanan tu nanti..
Selamat Hari Lahir..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Tuesday, May 26, 2009
Mak, Selamat Hari Lahir ke 61!

Actually semalam 25/05/2009 adalah hari lahir mak yang ke-61. Acik x sempat nak post blog sbb semalam sibuk sangat kt ofis... TNB nak datang audit esok, tu yang sampai kentut pun x sempat, hahaha...
Anyway sempat wish kt mak malam semalam. Katanya kek xde, cuma dpt la rasa kek pengantin anak Kak Ani Kg. Jus tu..
Semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat walafiat.
Amin...
Thursday, May 21, 2009
Selamat Hari Lahir
Monday, May 18, 2009
A new family member..
Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas bertarikh 15/05/2009 jam 9.48malam, kak long telah selamat melahirkan baby boy seberat 4.5kg!
Friday, April 24, 2009
Takziah
TAKZIAH untuk Abg Shah sekeluarga diatas pemergian Allahyarham ibunya pada hari Ahad 19/04/2009 lepas.
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
AL-Fatihah
Thursday, March 12, 2009
Tahniah Mak Ngah

Entry blog kali ini ditujukan buat Mak Ngah yg ehem, ehem... mengandung!
Alhamdulillah...
Terkezut semua bila dpt tahu.
Mami Jarum Jasin segera menyebarkan berita panas lagi sensasi tersebut.
p/s: gambau di atas dipetik ketika mak ngah mengidam seafood di Pasir Putih. Dengau citer order lobster.. wallaweyyyy!!
Tuesday, March 03, 2009
Selamat Hari Lahir Farhan & Farah
Monday, March 02, 2009
Kota Kinabalu 18-20 Feb 2009 - part 2
Kota Kinabalu 18-20 Feb 2009 - part 1
Trip ke KK ni adalah kali yg kedua. Yang pertama dulu dlm tahun 2006 rasanya. Seperti biasa, ke sana sbb ada urusan kerja jd schedule tu padat la sket dan ada sedikit je ruang utk ronda2.
Trip kali ni adalah kerana ada Vendor Day di Sabah Electricity Sdn Bhd (subsidiary TNB). Syarikat dari semenanjung ada dlm 25 yg menyertai pameran di sana.
Berlepas dari LCCT jam 10.30a.m dan sampai di KK 2 jam setengah kemudian. Kt dlm kplterbang sempat snap bbrp keping gamba. Flight pun x berapa penuh..
Sampai je di KK, kami amik teksi terus ke SESB utk setup booth pameran. Sejam kemudian kami check in di Hotel Promenade.
Lps check in letak bag dlm bilik terus kami ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali dengan Pasar Phillipine. Kt sini byk kraftangan dijual mcm barangan mutiara, etc. Tp x beli apa pun, tengok2 je...
Sebelah pasar tu ada Pasar Ikan Masin. Kt situlah baru kami memborong ikan masin, ikan kering, sotong kering, etc....
Bos Acik yg pakai baju putih yg x bertudung tu borong nk dkt RM300. Mmg kt sana murah dan cantik kualitinya. Sbg contoh ikan bilis sekilo (2 peket) RM17, ikan kurau sebelah RM45, ikan yg masak lomak cili api ngan nenas tu RM23....
Subscribe to:
Posts (Atom)



