Tuesday, May 26, 2009

Mak, Selamat Hari Lahir ke 61!


Actually semalam 25/05/2009 adalah hari lahir mak yang ke-61. Acik x sempat nak post blog sbb semalam sibuk sangat kt ofis... TNB nak datang audit esok, tu yang sampai kentut pun x sempat, hahaha...


Anyway sempat wish kt mak malam semalam. Katanya kek xde, cuma dpt la rasa kek pengantin anak Kak Ani Kg. Jus tu..


Semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat walafiat.

Amin...

Thursday, May 21, 2009

Selamat Hari Lahir

Blog ni ditujukan untuk Pak Lang yg menyambut hari lahirnya
yg ke 37 tahun pada hari ini 21 Mei 2009.


Semoga rejekinya dimurahkan dan dipanjangkan umur.
Selamat Hari Lahir ..
p/s: kek beli sendiri la, hehehe..

Monday, May 18, 2009

A new family member..

Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas bertarikh 15/05/2009 jam 9.48malam, kak long telah selamat melahirkan baby boy seberat 4.5kg!

tembamnya mcm Sinchan..

kalau dukung tu 'penuh' x mcm baby lain, hehehe..

sedang diazankan oleh ayahnya..


Tahniah buat Abg Mie & kak long!
p/s: pak lang ckp camni ada member la yg lahir sama bulan...

Friday, April 24, 2009

Takziah

TAKZIAH untuk Abg Shah sekeluarga diatas pemergian Allahyarham ibunya pada hari Ahad 19/04/2009 lepas.
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
AL-Fatihah

Thursday, March 12, 2009

Tahniah Mak Ngah


Entry blog kali ini ditujukan buat Mak Ngah yg ehem, ehem... mengandung!
Alhamdulillah...
Terkezut semua bila dpt tahu.
Mami Jarum Jasin segera menyebarkan berita panas lagi sensasi tersebut.
p/s: gambau di atas dipetik ketika mak ngah mengidam seafood di Pasir Putih. Dengau citer order lobster.. wallaweyyyy!!

Tuesday, March 03, 2009

Selamat Hari Lahir Farhan & Farah

Blog kali ini Acik tujukan khas buat anak2 buah Acik yang menyambut hari lahir bulan ini:



Mohd. Farhan
02/03/2009
&

Farah Adibah (betul ke Acik eja ni?)

03/03/2009


dengan ucapan All the Best!

Dan terimalah kek bintang daripada Acik, hahahaha....

Monday, March 02, 2009

Kota Kinabalu 18-20 Feb 2009 - part 2

Hari Khamis, 19/02/2009 dh pun kena jaga booth di SESB dari jam 8 hingga 5 petang.
Hari pertama ramai lah jugak org datang tp x seramai kalau buat pameran di Semenanjung.
Bosan la jugak - jaga booth, tengok booth org lain dan pusing2 kawasan tu, huhuhu...





perghhhh, dewan diorang... grand habis.


Wisma SESB, Kota Kinabalu



Kul 6 baru blk hotel utk teh tarik session...

Kota Kinabalu 18-20 Feb 2009 - part 1


Trip ke KK ni adalah kali yg kedua. Yang pertama dulu dlm tahun 2006 rasanya. Seperti biasa, ke sana sbb ada urusan kerja jd schedule tu padat la sket dan ada sedikit je ruang utk ronda2.

Trip kali ni adalah kerana ada Vendor Day di Sabah Electricity Sdn Bhd (subsidiary TNB). Syarikat dari semenanjung ada dlm 25 yg menyertai pameran di sana.

Berlepas dari LCCT jam 10.30a.m dan sampai di KK 2 jam setengah kemudian. Kt dlm kplterbang sempat snap bbrp keping gamba. Flight pun x berapa penuh..



masa ni atas Laut China Selatan

seluas mata memandang...


i believe i can fly...


wilayah persekutuan labuan


bumi di bawah bayu..

**tima kasih Air Asia**

Sampai je di KK, kami amik teksi terus ke SESB utk setup booth pameran. Sejam kemudian kami check in di Hotel Promenade.

Lps check in letak bag dlm bilik terus kami ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali dengan Pasar Phillipine. Kt sini byk kraftangan dijual mcm barangan mutiara, etc. Tp x beli apa pun, tengok2 je...



Sebelah pasar tu ada Pasar Ikan Masin. Kt situlah baru kami memborong ikan masin, ikan kering, sotong kering, etc....


Bos Acik yg pakai baju putih yg x bertudung tu borong nk dkt RM300. Mmg kt sana murah dan cantik kualitinya. Sbg contoh ikan bilis sekilo (2 peket) RM17, ikan kurau sebelah RM45, ikan yg masak lomak cili api ngan nenas tu RM23....

bergambar dengan hasil tangkapan, hehehe....
Dh penat ronda2 kt pasar tu, kami pun balik hotel utk Tea Time..

Friday, February 13, 2009

Casa Impian bersama Acik Leong

Keesokannya, program mentransformasikan rumah abang. Maklum la sopa ngan kabinet tibi baru dh sampai.... Dengan pertolongan dari assistant, Acik Pendi; kami pecahkan ruang tamu kepada 2 bahagian - satu di bahagian pintu masuk (style perabot kayu) dan satu lg modern style.
Kabinet tibi lak di letakkan di tengah2. Tujuannya:
1) Senang nk tgk tibi ketika makan.
2) Senang nk tgk tibi ketika masak.
(sebelum ni Mak Langnya terpaksa kehulu kehilir klu tgk sinetron ataupun telenovela)
3) Sopa tahan lama sbb org xde la nk bertenggek/baring lama2 atas sopa. Mesti ramai yg akan amik seat di barisan paling depan mcm kt Guthrie dulu masa tgk wayang, hehehe..

bahagian perabot kayu tu x payah la nk tunjuk, mcm tu jugak, hehehe...


tengok tu, customer no. 1 panggung wayang Sg. Udang









Mak Lang tgh masak, pasni nk gi berkelah..

Upah epal merah ngan epal hijau...

happy family


gambau ni Acik Pendi petik. Gilo apo?


Thursday, February 12, 2009

Pabila Aisyah Berdangdut... (updated)

Adoiii, goli hati den...



Part 1

Part 2